Info Jakarta – Tips shopping kat Tanah Abang.
Dulu I dah pernah buat entry alternate flight to Jakarta.
Hari ni ai nak berkongsi tips kalau makcik2, kakak2, adik2 dan sebagainya nak bershopping kt Tanah Abang nih.
Semoga tips nih dpt memberikan korang lebih waktu utk bershopping kt Tanah Abang tuh.
Dress code : (kelasss tak ada dress code segala?)
- Pakai ler baju yg menyejukkan. Tshirt selalunya. Takyah nak hover bagai pakai baju kurung. Bagi yg bertudung, takyah nak berpesen ala Hana Tajima kt situ. Kot nnt org dah ramai korang bakal rasa macam dok kat dalam sauna.
- Pakai sportshoes atau flatshoes. Jgn ngengade nak berheels bagai. Kang ada yg terpeleot kat situ sapa nak jawab? Lagi 1 sebab, korang bakal lama kat situ, so tahan ke pakai heels lama2?
- Handbag pulak kalau boleh pakai yg jenis sling bag. Tote, Hobo ke hapa semua tuh akan membuang masa jek. Lagi 1 utk langkah keselamatan. Tempat tuh sgt sesak, kot kang ada yg meraung hilang purse baru tau langit tinggi ke rendah.
- Cincin emas, rantai emas, gelang emas anak mami semua tuh kalau boleh simpan lah. Takyah nak mami jarum bagai.
Ok dah siap berpakaian, korang if possible cuba lah usahakan utk sampai ke Tanah Abang tuh around 9 pagi waktu Indonesia Barat.
Especially on Saturday or Sunday.
Tanah Abang tu tutup awal around 4 pm. So kalau korang lenggang kangkung, percayalah mesti korang akan komplen tak cukup time bershopping.
I’m pretty sure that you still have other places to visit too kan?
At least kalau sampai awal tuh, ada la jugak masa nak tgk2 dan jalan dgn aman.
Start kol 11 am, tempat tuh akan jadi super sesak.
Bagi yg bawak anak2 kecik tuh, dinasihatkan tak yah la bawak anak korang tu ke Tanah Abang.
Kesian nnt derang tak selesa. Pastu nnt korang plak berangin sbb anak2 moody.
Time shopping :
- List down apa yg korang nak beli. Ini dpt mengurangkan masa dr dok terkial2 nak cari2, belek2 dan sewaktu dgnnya.
- Agak2 time korang jalan tu dah berkenan kat 1 benda tuh, baiklah terus dibeli. Most cases, korang mesti akan terlupa kedai tuh kat mana then end up tak beli pon. Unless you have lots of time, korang mintak kedai tu name card. So nnt senang nak cari balik kat mana kedai tuh.
- Selalunya rata2 kedai kat situ bagi harga lebih kurang je kalau utk 1 pc. Time ni ur negotiation skills are very important. Ini sbb kedai2 kat Tanah Abang tuh jual brg2 wholesale. So if the more you buy, the cheaper u gets. Min 3 pcs selalunya. Contoh la, kalau 1 dia bg harga Rp 50000, tp kalau beli 3 lai, jadi Rp 140,000.
- Certain kedai dekat situ accept RM so don’t worry kalau kehabisan duit RP. Ada jugak yg boleh swipe CC but got interests charged. Tak digalakkan lah.
- If cash RM tak de, boleh pegi ATM. Make sure korang dah activate international withdrawal dgn bank masing2. For Maybank cardholder, cari bank Bii utk withdraw sbb no charges apply utk withdrawal. Kalau tak kena dlm RM 12.
Ok nih ada sket details apa yg ada kat Tanah Abang tuh.
- B1 – Kain2, langsir, cadar, batik, kebaya belum siap.
- SLG – Baju2 perempuan. Blouse, baju muslimah, tshirt, tudung, kebaya.
- LG – Sama mcm SLG tp ada sikit baju budak2.
- G – Baju perempuan lagi.
- 1 – Baju lelaki. Ada jugak under garments ngan baju2 baby.
- 2 – Baju perempuan lagi.
- 3 – Handbags, wallets, tali pinggang dan segala tok nenek perhiasan wanita ada. Pesanan penaja – it is all fake items ya. Got different quality and grades.
- 3A / 4 – Kasut. Pesanan penaja – korang beli kat Msia lagi murah kot if u r talking bout kasut.
- 5 – Baju perempuan, budak2 dan lelaki kat sini. Limited choices tp utk save masa, boley ke sini terus.
- 6 – Baju2 remaja macam jeans, tshirts kat sini.
- 7 – Tak byk kedai.
- 8 – Foodcourt.
Bahasa pulak.
- Ga bisa di ecer – Tak boleh beli selai2. Kena beli bulk.
- Grosir – Wholesaler / pemborong.
- Belanja – Beli. (bukan derang mintak korang belanja derang ya!)
- Gratis – Percuma
If korang tanye me between Mangga Dua and Tanah Abang which one better, for me 2-2 lebih kurang jek. In terms of price, Tanah Abang is cheaper.
Mangga Dua kalau korang nak cari doorgift kawin sana banyak pilihan.
Ok tu je lah kot. If ada benda nak tanya, sila tinggal di komen ya!
Selamat berbelanja. J
Hello Malaysia.
Dari sehari ke sehari nak menghapdate blog tapi gagal.
Last week I am full of meetings and busy doing some corporate exercise for the company.
At night, I am busy promoting my new business on FB.
Yeah you heard me, new online business.
After some research and surveys I’ve done, I finally decided to start an online business.
http://www.facebook.com/pages/MaxShoppe/320399331326834
I am selling Ladies Accessories for a start.
And Insyaallah I will add more items from time to time.
Here are some of the items I got there.
Feel free to like to page and place your order.
Tunggu apa lagi!!
J
Selamat tinggal 2011.
Dah berapa hari dah 2012 menjengah kita.
I baru nak merangkak2 tulis perkara2 menarik utk tahun 2011.
If nak list down semua mmg rasanya 3 page pon tak abis nih.
So I list yg penting2 aje lah eh..
January :
I beli baby baru.
Up-to-date collections :
More to come dis year, Insyaallah.
April :
It’s our 2nd anniversary month.
Celebrated our anniversary with my BFF, Hana and hubby at Penang.
The month where I’ve decided to berhijab.
Alhamdulillah, I felt more calm after doing so.
June :
I turned 31.
Went to Singapore with hubby.
Having so much fun indeed despite feeling so old.
July :
Trip to Pulau Tidung with new Malaysians friends from Embassy Malaysia in Jakarta.
Despite all that, I’ve made a very meaningful friendship here in Jakarta dgn org2 yg sekapal dgn saya.
Walaupon ke semua mereka adalah lelaki tp kami semua sekepala.
Thanks to Hubby yg mengizinkan saya utk berkawan dgn mereka.
Sekurang2nya weekend saya di Jakarta ini terisi juga dgn keletah masing-masing.
Yg paling kanan tuh Fariz, abg IZA.
Dia asst saya kat sini.
Yg lelain tuh yg kawan baru saya di sini.
Masih kurang 1 org.
And last December jugak, I went thru all the check up utk fertility program.
Alhamdulillah semua normal except for my fibroids.
Mgkn Februari nih I am going to have my operation.
Segala2nya utk mendapatkan zuriat.
Kami hanya mampu berusaha, selebihnya, Dia yg menentukannya.
3 hari lepas, Tuhan telah menghadiahkan berita gembira buat kami sekeluarga.
Alhamdulillah penantian selama 7 tahun menguruskan hal harta pusaka akhirnya selesai jua.
A good start dan semoga byk lagi berita gembira akan menyusul selepas ini.
Mood cuti telah tiba. Selamat Tahun Baru semua.
Inilah xtvt saya last weekend.
Long weekend plak tuh.
Keluarkan si Kacak.
Pastuh layan make up muka.
Set up tripod.
Cari port baik dlm rumah.
Here I go.
Pastu puas posing, layan soft editing plak.
Nah sekeping lagi.
Itulah cara-cara saya layan hari cuti saya.
Kalau dulu selalu je abiskan duit kat mall.
Tapi Alhamdulillah tahun nih sudah berkurang byk xtvt itu.
Cuma sesekali aje terbabas.
Ada target besar menanti tahun depan.
New year. New house. New car.
Insyaallah.
Paling penting, I need a real BABY!
Semoga tahun baru ini Allah memakbulkan doa saya dan suami.
Selamat tahun baru semua!
Happy holidays!
Masterchef ker?
Ari tuh masa hubby kat sini, saya berpeluang mencuba beberapa resipi baru.
One of it is Nasi Tomato.
Giler gempak.
1st attempt buat dan hasilnya tidak menghampakan.
Hubby makan bertambah lagi ada.
So here I nak share resipi yang I guna.
I amik resipi dari my.resipi.
Ada a few others resipi as well but I chose the simplest one.
And wallaaaa!!
Gigih ok buat hiasan ala2 kat restoran tuh!
Bahan-bahannya: (4-5 pax)
4cwn beras (bersih dan ditoskan)
190g minyak sapi (in my case, I use marjerin sbb susah x jumpa ghee kat sini)
2 kuntum bunga cengkih
½ kuntum bunga lawang
3 biji buah pelage
5cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar dicincang
106g tomato puree (pakai tin punya)
Bahan kisar : 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, 1 hiris halia
1.8 liter air rebusan yg cair (I mix air with kiub pati ayam)
Optional : daun saderi yg dicincang, bawang goreng
Cara-caranya:
-
Cairkan minyak sapi atas api yg sederhana dan tumiskan rempah2 selama 1-2 minit. (In my case, I terus tumis kat rice cooker.)
-
Masukkan bahan kisar tadi dan goreng smp masak. Masuk bawang besar dan goreng smp layu.
-
Kecikkan api dan tuangkan tomato puree. Biarkan mendidih perlahan-lahan.
-
Masukkan beras dan kacau rata-rata selama 1-2 minit.
-
Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa. Biarkan cecair meresap ke dlm beras.
-
Tanak nasi smp masak. Masukkan daun saderi.
Pastuh masak la lauk yg korang suka.
For me, ayam masak merah sudahhhhhhhhhhhh….
And belasah lah sampai gemok!
Emo Merapu
Uishh mengantuk pulak rasanya hari ni pas pekena pancake ice cream for breakfast.
Dis month saya tak balik KL atas alasan tertentu.
Sheedeeyyy jek rasa.
Lagi sheeedeyyy bila geng2 6 jahanam ku di Jakarta nih pulang ke KL minggu nih.
Emo.
Hubby pon dah selamat polang ke KL last Monday.
Double Emo.
Weekend nih plak long weekend kat Jkt nih.
Christmas holidays.
And I’m still don’t know how I should spend my holidays here.
Triple Emo.
Christmas sales is everywhere but the blouse I’ve been aiming kat Dorothy Perkins tuh was not on sale.
Lagi emo.
Wordless Wednesday #13
Tersenyum girang. :p
December is here!
Gosh, how time flies kan?
Sedar2 dah December dah.
Azam tahun nih byk tercapai?
For me, Alhamdulillah.
Eventhough tak semua but managed to achieved yg besar2 jgk lah.
But above all, hajat I nak zuriat masih belum dimakbulkan Allah SWT.
Itu tak bermakna I dan Sang Suami tak berusaha.
Cuma rezeki kat situ belum di bagi lagi.
As for now, we have made a decision to push it 1 step further.
Merujuk kepada yang pakar.
This week I will go on for my HSG procedure.
Alhamdulillah setelah sekian lama tertangguh sbb timing yg tak kena dan keadaan yg sgt sibuk, finally we get the right time to do it.
Kebetulan pula dis month Sang Suami akan berada di Jakarta selama 3 minggu.
Kebetulan juga I tgh period last week.
So pegi jumpa doctor last Friday kat Hospital MMC depan rumah ni.
Dia cek2 date, semuanya just nice for me to do the HSG this Thursday.
So today morning I dah pegi amik darah bagai.
Hopefully semuanya berjalan dgn lancar lah.
Ada yg ckp HSG sakit.
Ada yg ckp tak sakit sgt.
I kat sini dah nebess bagai nak rak.
Doakan semuanya berjalan dgn lancar nnt ya!
All in 1 go.
As usual, me pulang KL but no time nak g hu ha dgn friends.
This time mmg just for families jek.
On Maal Hijrah day, ada kenduri Aqiqah, doa selamat dan tahlil.
Oh not forgetting, celebrating birthday Salfarania Danisha.
I am 4!!
Dlm dok kejar-kejar ke sana ke mari for the kenduri, I still have to settle a few things with hubster.
Pon kena kejar sana sini.
Sumpah tak cukup udara nak bernafas.
Tidur pon 4 jam sehari jek.
Ini semua gara-gara Sang Suami akan bercuti di Jakarta for 3 weeks.
Yes, 3 weeks!!
Whoot whoot!
So byk la nak kena setel in advance.
Rumah, utilities, keta-keta etc.
And now saya pulak busy menjadi isteri mithali di sini.
Jadi Masterchef la apa lagi!
Lamb Grill favs Sang Suami.
But above all, we both will be busy with doc’s appointment here and there.
I will update more on it from time to time.
Till then, have a splendid weekend!



