Info Jakarta – Tips shopping kat Tanah Abang.

Dulu I dah pernah buat entry alternate flight to Jakarta.

Hari ni ai nak berkongsi tips kalau makcik2, kakak2, adik2 dan sebagainya nak bershopping kt Tanah Abang nih.

Semoga tips nih dpt memberikan korang lebih waktu utk bershopping kt Tanah Abang tuh.

 

Dress code : (kelasss tak ada dress code segala?)

  1. Pakai ler baju yg menyejukkan. Tshirt selalunya. Takyah nak hover bagai pakai baju kurung. Bagi yg bertudung, takyah nak berpesen ala Hana Tajima kt situ. Kot nnt org dah ramai korang bakal rasa macam dok kat dalam sauna.
  2. Pakai sportshoes atau flatshoes. Jgn ngengade nak berheels bagai. Kang ada yg terpeleot kat situ sapa nak jawab? Lagi 1 sebab, korang bakal lama kat situ, so tahan ke pakai heels lama2?
  3. Handbag pulak kalau boleh pakai yg jenis sling bag. Tote, Hobo ke hapa semua tuh akan membuang masa jek. Lagi 1 utk langkah keselamatan. Tempat tuh sgt sesak, kot kang ada yg meraung hilang purse baru tau langit tinggi ke rendah.
  4. Cincin emas, rantai emas, gelang emas anak mami semua tuh kalau boleh simpan lah. Takyah nak mami jarum bagai.

 

Ok dah siap berpakaian, korang if possible cuba lah usahakan utk sampai ke Tanah Abang tuh around 9 pagi waktu Indonesia Barat.

Especially on Saturday or Sunday.

Tanah Abang tu tutup awal around 4 pm. So kalau korang lenggang kangkung, percayalah mesti korang akan komplen tak cukup time bershopping.

I’m pretty sure that you still have other places to visit too kan?

At least kalau sampai awal tuh, ada la jugak masa nak tgk2 dan jalan dgn aman.

Start kol 11 am, tempat tuh akan jadi super sesak.

Bagi yg bawak anak2 kecik tuh, dinasihatkan tak yah la bawak anak korang tu ke Tanah Abang.

Kesian nnt derang tak selesa. Pastu nnt korang plak berangin sbb anak2 moody.

 

Time shopping :

 

  1. List down apa yg korang nak beli. Ini dpt mengurangkan masa dr dok terkial2 nak cari2, belek2 dan sewaktu dgnnya.
  2. Agak2 time korang jalan tu dah berkenan kat 1 benda tuh, baiklah terus dibeli. Most cases, korang mesti akan terlupa kedai tuh kat mana then end up tak beli pon. Unless you have lots of time, korang mintak kedai tu name card. So nnt senang nak cari balik kat mana kedai tuh.
  3. Selalunya rata2 kedai kat situ bagi harga lebih kurang je kalau utk 1 pc. Time ni ur negotiation skills are very important. Ini sbb kedai2 kat Tanah Abang tuh jual brg2 wholesale. So if the more you buy, the cheaper u gets. Min 3 pcs selalunya. Contoh la, kalau 1 dia bg harga Rp 50000, tp kalau beli 3 lai, jadi Rp 140,000.
  4. Certain kedai dekat situ accept RM so don’t worry kalau kehabisan duit RP. Ada jugak yg boleh swipe CC but got interests charged. Tak digalakkan lah.
  5. If cash RM tak de, boleh pegi ATM. Make sure korang dah activate international withdrawal dgn bank masing2. For Maybank cardholder, cari bank Bii utk withdraw sbb no charges apply utk withdrawal. Kalau tak kena dlm RM 12.

 

Ok nih ada sket details apa yg ada kat Tanah Abang tuh.

 

  • B1 – Kain2, langsir, cadar, batik, kebaya belum siap.
  • SLG – Baju2 perempuan. Blouse, baju muslimah, tshirt, tudung, kebaya.
  • LG – Sama mcm SLG tp ada sikit baju budak2.
  • G – Baju perempuan lagi.
  • 1 – Baju lelaki. Ada jugak under garments ngan baju2 baby.
  • 2 – Baju perempuan lagi.
  • 3 – Handbags, wallets, tali pinggang dan segala tok nenek perhiasan wanita ada. Pesanan penaja – it is all fake items ya. Got different quality and grades.
  • 3A / 4 – Kasut. Pesanan penaja – korang beli kat Msia lagi murah kot if u r talking bout kasut.
  • 5 – Baju perempuan, budak2 dan lelaki kat sini. Limited choices tp utk save masa, boley ke sini terus.
  • 6 – Baju2 remaja macam jeans, tshirts kat sini.
  • 7 – Tak byk kedai.
  • 8 – Foodcourt.

 

Bahasa pulak.

 

  1. Ga bisa di ecer – Tak boleh beli selai2. Kena beli bulk.
  2. Grosir – Wholesaler / pemborong.
  3. Belanja – Beli. (bukan derang mintak korang belanja derang ya!)
  4. Gratis – Percuma

 

If korang tanye me between Mangga Dua and Tanah Abang which one better, for me 2-2 lebih kurang jek. In terms of price, Tanah Abang is cheaper.

Mangga Dua kalau korang nak cari doorgift kawin sana banyak pilihan.

 

Ok tu je lah kot. If ada benda nak tanya, sila tinggal di komen ya!

 

Selamat berbelanja. J

 

 

 

 

2 Responses to “Info Jakarta – Tips shopping kat Tanah Abang.”

Leave a Reply

Follower
Labels
US as One




MAXSHOPPE