Archive for the ‘wedding’ Category

Maceh Chenta!

Ari tu I ada letak status kat FB that I need a short vaccay.

And yesterday my wish is granted!

I am now bersiaran secara langsung dari Hotel Thistle, Johor Bahru.

Ekceli Sang Suami punya kazen ada wedding kat sini on Sunday.
Alang2 tu kan, Sang Suami ckp gerak ari Sabtu la so dpt overnite kat Jaybee.

Bila dah sampai sini, Sang Suami ckp nak extend lagi 1 malam.

HEhe… Dpt 2 malam dok sini.

Esok mgkn nak masuk Spore sat.

Yippie!

Pics update lain kali la ek!

Enjoy your weekend!

Kenangan Terindah.


Tetiba cam teringat plak moments masa sebelom nikah ari tuh.

Terasa macam nak pakai balik baju nikah tuh.
Tapi nak g mana ek?

Hahahahaha…

Sgt best bila…

Sang Suami berada di sisi kat Jakarta nih.
Heaven you know!!

Rasa sekejap jek masa tuh berlalu.
Sang Suami sampai ari Jumaat petang.
Waktu otw ke Airport, ada gempa bumi.
Tapi saya tak terasa sgt sbb dlm mobil.
Sang Suami pon time tuh baru landing.

Alhamdulillah, gempa tidak sekuat di Tasik Malaya mahupun di Padang.

Right from Airport, saya terus membawa Sang Suami pegi dinner di tempat Seafood ari tu.
Mmg kami berdua melantak tahap gaban.

Licin segalanya.
Maaf pics tak hamek. *Excited jumpa Sang Suami hokeh?*

After dinner we went straight home.
Tanpa melengahkan masa, kami terus berentap sakan main Wii.
Sampai la tgh malam.
Parah dah kami nih.

The next day, we both headed to Mall Ambassador for lunch.
Budget nak g saloon tp masa cam tak dan jek.
Sudahnya, masa diperabihkan dgn membelek game Wii, Xbox dan PSP.

Saya membeli 8 game Wii yg baru dan Sang Suami beli 1 game Xbox dan…
Sang Suami juga telah menghapdate game-game di dlm PSP kami yg dah berkurun lama tak hapdate.
Saya juga ada membeli accessories Wii.
Betapa kami menggilai game!!!

After that terus menggelupur ke Carrefour membeli brg2 dapur.
Dah janji ng Sang Suami nak masak the next day.
Balik dr Carrefour saya dgn sepantas kilat nye bersiap utk ke wedding my staff dekat sini.

Wedding tuh kira agak jauh jugak la dr kawasan Jkt Selatan ni.
Sejam jgk la baru smp hotel tuh.
Nasib baik ada supir..
Hehehhe…

Pengantin yg kecik comel jek.

Pengantin yg makin lama makin berisi! Hahah…

With my colleague from KL. Minus yg pakai dress ijau itu.

After the wedding, kami melepak di Kemang Food Fest.
Tempat yg ala-ala Hartamas.
Not for long coz masing2 dah penat.

As usual sampai rumah, Sang Suami sebok nak main game.
Saya join sekejap tapi lepas tu tak sedar diri.
Heheh…

The next day, after bangun, terus pung pang pung pang kat dapur.
Sang Suami enak tido lagi but not for long.
After dia bangun, dia dgn bangganya menolong saya di dapur.

Basuh ayam, udang and sotong.
Hehehe…
Jadilah kan dr tak buat apa.

Menu for the day is :

Sambal udang yg terlebih pedas!

Fried calamari pakai tepung instan!

Sup Ayam tanpa sup bunjut tapi tetap enak!

Macamane saya tau ianya enak?
Sbb semua lauk licin di ratah oleh Sang Suami waktu lunch dan dinner.

Selesai semua, kami berdua berentap main game Fishing di Wii.
Sgt mengasyikkan sampai tak sedar dah hampir jam 2 am.

Dah la saya bekerja pulak tuh!

Mlm nih nak g main pool plak ng staff dan Sang Suami.

Ooohh enak!!

Raya dan wedding.

Sebagai melepas geram dan membayar hutang entry-entry yg tergendala,
Nah baca dan tatap lah puas-puas pics semua ini ya!

Ni petang raya. Lepas salam mintak maaf bagai.
Pics time mintak maaf takley nak letak sbb time tuh saya menangis beria smp bengkak2 mata.
Time nih jugak saya tgk sedaya upaya tahan semput.
Pas abih sesi bergambar, Sang Suami terus bawa saya ke Klinik.

Sang Suami tak nk tempah baju melayu baru. Sudahnya pakai baju time nikah.
Saya pulak memakai jubah yg ditempah di Jakarta. Sgttt selesa!!!

Ini pula pics dgn seisi keluarga yg kebetulan semuanya berkumpul di rumah ayah tahun nih.
Dr 4 org adik beradik yg berkahwin (termasuk Sang Suami), 3 family sudah memproduce 12 org anak buah.
Hebat kan?

Ok abih pasal raya.

Now masuk pesal wedding big boss saya.
Yes, my CEO baru kawin.
Umurnya baru 33 tahun ya tapi dah kaya raya.

Weddingnya di buat di Hotel Sunway Resort.
Semua pekerja di KL dijemput termasuk lah 30 orang Manager dari Jakarta nih.
Flight + accommodation utk staff Indon ditanggung company.

Dah ler wedding selamba dia buat hari Khamis malam Jumaat kan.
The food dekat situ ok lah.
Chinese cuisine kan what do u expect?
Makan separuh jalan dan kenyang.

Bila dah kenyang, berposing sakan la jawabnya…

Pics bersama my X staff yg kat KL.
Saya sgt merindukan aksi gila2 mereka semua.
Ini pula bersama staff2 saya di Jakarta.
Majoriti manager adalah perempuan.

Dan ini haruslah bergambar dgn pengantin kan…

Habis wedding, saya dan Sang Suami pegi berjimba bersama2 anak2 dr Indonesia ini ke disko bersebelahan dgn hotel.
Lama sungguh tidak menari.
Tapi saya tak ler menari sgt pon.
Pakai high heels, mmg tak la nak shuffle bagai!
Hahaha…

Balik ke hotel kol 2 am.
Esok nya nak kena bawak derang jenjalan ke KLCC sbelom diaorang di hantar pulang pada petang harinya.

Ada sorang jek yg stay dok umah saya sampai ari Ahad.
Jenuh bawak dia berjalan sakan sampai saya terjebak membeli sesuatu.
Err.. bukan saya yg bayar lah tapi Sang Suami.
Saya mintak ajek!!

Apakah dia???

Nantikan entry berikut iya!!

Ok nak sambung kerja.

Wedding Recall

Memandangkan hari ini 1 hari suntuk saya lepak di rumah sambil menonton DVD,
Saya tetiba menjadi rajin untuk menunaikan permintaan NAHWAL untuk memberi beberapa tips membeli barang-barang perkahwinan di Jakarta ini.

1. Kain utk nikah or reception.

As for myself, saya beli di Mayestik. Located at Jakarta Barat.
Kat sini ala-ala Jalan TAR. Kena pandai memilih dan menawar.
Saya hanya membeli baju untuk reception sahaja di sini.
Lace for the outer and shantung silk for the inner.
I bought shantung silk untuk sang suami punya baju juga di sini.
Saya hanya membeli kain di sini coz I didn’t have the time untuk bolak-balik ke Jakarta.
But they do accept tailoring here which will cost you super duper cheap.
Saya cuma mintak their designer to design the baju that suits kegemukkan badan saya.
Oh, ya.. Baju saya di buat oleh KIMIE KAJANG.

2. Guest Book dan Doorgifts

Pegi ke Pasar Mangga Dua.
Kamu pasti akan rambang mata di situ.
Make sure pegi dari pagi.
Untuk doorgift, saya beli photoframe yang kecil untuk majlis pihak saya.
Kotak dan riben tuh beli di KL ya.
Manakala untuk majlis pihak lelaki, saya beli kotak bekas tissue yang cute. (Maaf saya takde gambar doorgift pihak lelaki dalam simpanan)
Harga seperti biasa, harus menawar!

Pic di atas ini adalah doorgift yang telah saya berikan pada tetamu saya.
Pic 1 kiri itu adalah sabun yang telah digubah menjadi lollipop oleh mama saya.
Ini untuk semua tetamu.
Pic 2 kanan itu ialah telur rebus dalam bekas organza.
Juga untuk semua tetamu.
Pic 3 bawah kiri ialah tasbih yang dibeli di Mydin dalam bekas pewter yang mama saya beli di Langkawi.
Ini untuk VIP.
Pic 4 bawah kanan ialah set sudu comel dan napkin yang telah disponsor oleh Hana.
Ini untuk semua tetamu time nikah.

3. Kad Kahwin


Kad saya bukan di tempah di Jakarta ya tapi di LH Creative KL.
Tapi kalau nak kad yang murah di sini, pegi ke Pasar Tebet.
Kad saya telah disponsor oleh kawan baik saya, Abu.
Custom made card.
Riben itu saya yang tambah.

4. Bunga Tangan dan Bunga Pahar DIY


Bunga tangan itu saya beli di SSF.
Artificial tulip yang nampak sangat real.
Hasil gubahan sendiri.
Skang bunga ini ada di butik KIMIE KAJANG.
Saya bagi terus sebab Kimie berkenan sangat dgn bunga itu.
Bunga Pahar itu juga DIY.
Saya dan mama saya bertungkus lumus buat bunga dip itu siang malam.
Dan hasilnya mmg memadai bagi saya.

Untuk makluman, saya tidak menggunakan khidmat wedding planner langsung untuk merealisasikan my wedding dream.
I did it all by myself dengan pertolongan teman-teman rapat dan keluarga sahaja.

For more infos on my wedding preparations, click la label WEDDING yang ada kat sebelah kanan anda itu.

Adios!

Selamat Pengantin Baru Hippies!

No, no.
Bukan tema derang hippies ya.
Jangan salah anggap.
Hippies tuh ialah nickname utk pengantin lelaki nih.
Aku dgn Hana bagi nama tuh masa dekat UNITAR.

To sang suami, dia lebih dikenali sebagai Shabel.

Wedding belah pengantin perempuan di buat dekat Hotel Grand Bluewave Shah Alam.
Both of us are invited to attend both of them nye reception.
Unfortunately utk recep belah groom dis week kami tidak dpt lah pegi sbb saya kena pulang ke kampung sang suami.

Hippies nih dulu is 1 of us punya bahan lawak.
Dia nih kind of nerdy and blurry nye type of person.
Ape sahaja yg kami kelentong, dia akan percaya.
But he is cool with it.

Anyway, Hippies & Ita..
Selamat Pengantin Baru!!


That was d newly bought baju kurung yg aku sempat rembat few hours before the weds.
See how “FAT” both of us.

Oh, I’m using the new make ups as well!

Oh saya sangat teringin utk kembalikan waktu saya bersanding tempohari!


With the rest of the Unitarians who is Sang Suami punya hsemate.

The food?
So-so.
Tapi kami semua makan byk sbb meja yg patut ada 10 orang,
Hanya di occupy 5 orang.

Alamak, ada management meeting to catch!

Till next entry ya!

Nak hapdate tp malas.

It has been 5 days but my flu and cough is not going away.
Mencik!
Nak buat ape pon rasa malas jek.
Tapi kan..

Dalam malas-malas tuh, sempat plak I ke Midvalley.
Utk ape?
Tunggu la next N3 I hapdate.
Janjik!

Saat ini I tgh tgu sang suami yg tak balik2 lagi walaupon dah janji nak bwk g beli baju kurung.
Malam nih kami ada wedding di Grand Bluewave Shah Alam.
Malas nak amik baju kurung kat rumah Cheras.
Baju kurung yg ada kat rumah Selayang nih kurang Umphh kata orang.

Anyway, picture yg I nantikan dah dihapload oleh HANIE.
Thanks gurl.
Memang lawa pics semua tuh.
I like!

Utk korang semua..
Enjoy!


Lantak le kalo korang muak tgk gambo kawin I ni semua.
Haku pedulik hape!
I am still in d wedding mood.
Sapa yang dah kawin mesti tau rasa dia macamane kan?

Till then…

Nota kaki : Kata malas nak hapdate tp berjela-jela jugak kekdahnya! Ape kes??

Aku dan Diri Mu..


Sedar tak sedar, dah sebulan lebey aku jadi seorang isteri.
Memula tuh macam takde perubahan sangat.
Almaklumlah, masih di peringkat HORNYMOON lagik.
Tapi, bila dah lama-lama nih baru aku dapat rasakan perubahan ke atas diri aku.

First of all, aku dah makin kerap memasak.
Satu perkara yang amat susah utk aku laku kan sepanjang kehidupan aku 28 tahun yang lepas.
Tapi kini boleh dikatakan paling kurang, seminggu sekali aku akan masak utk sang suami.
Hari-hari aku godek resipi dekat internet nih.
Kalau tak sempat, aku siap mintak mama SMS lagi resipi.

Walaupun aku sedar yang aku bakal digelakkan oleh mama, tapi aku redha.
Untuk sang suami tercinta.

Antara menu yang aku dah masak selain dari kepakaran aku membuat sphagetti bolognese,
Aku dah masak kangkung goreng belacan.
Aku dah masak ayam masak merah.
Aku dah masak mee hailam.
Aku dah masak nasi beriyani ala2 nasi bukhari.
Aku dah masak laksa.

Dan yang buat aku sangat-sangat bangga, aku bukan masak utk sang suami sahaja.
Malah utk seisi rumah.
Baik rumah Cheras mahupun rumah Selayang.

Hebat sungguh aku rasa!

Secondly, aku rasa semenjak lepas kawin nih, nafsu amarah aku semakin berkurangan.
Panas baran aku macam dah ilang.
Ada lah sekali dua terlepas tapi tidak lah seteruk dulu.
Bertahun-tahun aku cuba nak ilangkan perangai buruk aku yang nih sebelom ni tp gagal.
But Alhamdulillah.. skang nih sikap tuh macam ilang dengan sendirinya.

Tapi awas ya sang suami, sikap KUAT MERAJUK saya masih kekal.

Itu antara benda-benda positive yang berlaku dlm hidup aku setakat ini.
Dan aku harapkan akan muncul lebih banyak lagi lepas nih.

Oh, sesungguhnya aku rindukan saat-saat di bawah ini!!!

Hantaran oh hantaran

Dalam byk2 entry perihal perkahwinan aku,
Aku lupa pulak nak tepek pics hantaran aku.
Yang digubah oleh aku dan mama di malam menjelang pernikahan ku.

Simple tapi bagi aku sudah cukup chantek.
Fresh flowers tuh aku beli di Petaling Street.
200 kuntum semuanya.
Harga dia utk 20 kuntum = RM 16.

Since the bekas is in white, I’ve decided utk beli roses kaler shocking pink + off white.
Pink dan aku mmg tidak boleh dipisahkan.

Ini sirih junjung yang mama gubah. Main cucuk-cucuk sajo takde pun refer memana. But wallaa!! *org tak puji pon aku ttp nak angkat bakul*


Dan ini pulak cincin utk Sang Suami. Cincin silver ada batu biru. Juz like what he requested. Nanti aku post close up pics cincin nih.

Ini pulak toiletries dari Lab Series yg aku beli guna voucher Parkson. Nampak bunga tuh disusun ikut sedap hati dan mata?

Ini pulak Al-Quran + Sejadah yang di beli di Semua House. Al-Quran ni dibeli bersama-sama rehal pewter itu tapi dek kerana tidak mengikut tema, rehal itu disimpan sudahnya.

Ini pula set perfume Euphoria by Calvin Klein. Selain perfume, ada shower gel, deodorant, and after shave. Beli guna voucher Parkson jugak. Semua around RM 400++.

Ini pulak kasut yang Aunty aku beli kat US. Sang Suami nye kaki size mat saleh kan. Harus lah beli kat sana. Beli ke? Tak. Aunty aku belanje. Brand Dockers.

Ini pulak jam Solvil Titus. Jam kami serupa. Sang Suami yang nak macam tuh. Ikutkan ajo sbb dia bayar kan for both. Kerna jam ini, 1 Pavillion aku tawaf. Tak banyak brand yg offer couple watch leather.

Ini pulak coklat tajaan Ieza. Sungguh mengikut tema kan. Sedap pulak tuh. Oppss kantoi aku terasa. Hahaha.. Thanks again Ieza!

Fondant cake yang comel lote nih aku order dekat Isabella Kek. Memang yummy butter cake dia. From his side pon amik cake kat situ. Kek reception pon dr situ. Memang puas hati!

Buah-buahan ini dibeli last minute ya. Tips utk mengilatkan buah, sapu minyak zaitun or ape-ape minyak kecuali minyak pengasih or petrol or minyak tanah ya!

Ini pulak baju Calvin Klein yg aku beli dekat Parkson jugak + belt Calvin Klein yg aunty aku dekat Belgium tuh belikan.


Kesimpulannya, aku tidak mengeluarkan duit yang banyak utk hantaran-hantaran ini.
And Alhamdulillah.. hasil dia sangat memuaskan hati ku. *Abis tu nak puaskan hati korang ke?*

Hantaran fresh flowers ini sebenarnya sangatlah berguna utk org-org yg tidak punya waktu utk menggubah.
Atau mempunyai sakit tangan kaku dan keras cam kayu.
Atau tidak mempunyai idea nak buat apa.

Oh ya..
Bekas-bekas tuh semua aku sewa ya.
Siapa-siapa nak sewa, drop me a msg.
I’ll give the ctc no nanti.

Sekian untuk hari ini.

Menunaikan permintaan.

Cik GEE CARMEN kita dah buat 1 entry khas kat blog dia semata-mata nak mintak gambar nih.

So utk tidak menghampakan beliau…

Nah.. khas untuk anda dan team CSP yg lain.

Saya rindoooo kamukkkk semuaaa!!

Follower
Labels
US as One




MAXSHOPPE